Pantun ‘kencing’: Rayer dakwa Ahmad Maslan bongkak, ulang gesaan letak jawatan
PARLIMEN l Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer sekali lagi menggesa Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan meletakkan jawatan, sambil menyifatkan pantun “kencing” yang dibacakannya di Dewan Rakyat sebagai penghinaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Rayer mengulangi gesaan itu selepas Ahmad menepis desakan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) supaya dia berundur.
Ahmad berkata Umno dan BN yang mencalonkannya untuk jawatan itu, dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, tidak memintanya meletakkan jawatan.
/file/attachments/orphans/3534534_437687.jpg)
“Ini seperti permainan bola sepak, dia bawa bola jaring gol sendiri. Kan? Amat memalukan,” kata Rayer kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen DAP itu menyifatkan tindakan Ahmad sebagai pengkhianatan terhadap kerajaan sendiri. Katanya, pantun itu menyindir ahli parlimen PH serta menghina Anwar, yang mengumumkan manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum lalu.
Kekecohan tercetus semalam ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata pemansuhan tol merupakan janji PH dan BN tidak pernah membuat janji tersebut. Dia kemudian membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu “kena kencing”, ungkapan yang bermaksud kena tipu.
Rayer bangun membantah dan mempersoalkan sama ada Ahmad bercakap sebagai timbalan menteri kerajaan perpaduan atau sebagai pemimpin Umno.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-32_882895.jpg)
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Nor memutuskan bahawa baris pantun itu tidak merujuk kepada mana-mana parti, namun mengarahkan Ahmad menarik balik perkataan “kencing”. Ahmad kemudiannya akur.
Susulan itu, beberapa ahli parlimen PH menggesa Ahmad meletakkan jawatan pada sidang media di Parlimen.
Rombakan kabinet terpulang kepada Anwar
Ditanya sama ada kabinet perlu dirombak, Rayer berkata perkara itu terpulang kepada Anwar.
Bercakap di luar Sidang Kemuncak Asean di Manila semalam, Anwar berkata kerajaan kekal stabil dan tiada keperluan mendesak untuk merombak kabinet.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-44_342189.jpg)
Rayer bagaimanapun berkata tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan sedemikian di Dewan Rakyat menunjukkan timbalan menteri itu “dah mula rasa bongkak, mula rasa takabur” susulan kemenangan pilihan raya di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Pada pilihan raya negeri Melaka Sabtu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi manakala PN, yang bekerjasama dengan BN pada pilihan raya itu, memperoleh tiga kerusi. PH, rakan BN dalam kerajaan persekutuan, memenangi empat kerusi.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.