Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Di akhir hayat, Mr Os makin dekatkan diri pada agama

Hajat orang ramai untuk 'bersantai berisi' dengan allahyarham Mr Os di Kuala Terengganu malam ini tidak menjadi kenyataan setelah pelawak itu kembali ke rahmatullah petang ini.

Beliau dijadual berkongsi pentas bersama penceramah terkenal Azhar Idrus dalam acara anjuran Pemuda PAS Terengganu di Teluk Pasu pada jam 9 malam ini.

Bagaimanapun, kata penganjur, Mr Os sebelum ini telah memberitahu mereka bahawa beliau mungkin tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan yang dideritainya.

“Mr Os memang dah bagi maklumat awal bahawa dia tidak dapat hadir, (ketika hubungi saya) dia dah masuk wad.

“Kemungkinan berhalangan untuk hadir, kita pun baru dapat maklumat yang dia meninggal dunia,” kata Hishamuddin Abdul Karim yang juga naib ketua Pemuda PAS Terengganu.

Program itu tetap akan diteruskan dengan menampilkan tetamu undangan Azhar sebagai tetamu tunggal, manakala ketua Pemuda PAS negeri Kamaruzaman Abdullah akan menjadi moderator.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kerana masalah barah paru-paru di Hospital Selayang petang tadi.

Sementara itu, Hishamuddin berkata Mr Os sudah beberapa kali hadir dalam program PAS.

Tambahnya, pelakon dan pelawak itu dilihat cenderung dalam mendekatkan diri kepada agama.

“Beberapa kali Mr Os hadir dalam program PAS, dia kini lebih usaha untuk mendekatkan diri kepada agama,” katanya kepada Malaysiakini.

Damailah abang Os disana. Dia dlm keuzuran dan kesakitan menyembunyikan semua kejerihan itu dijalan dakwah. Mengakhiri...

Posted by Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor on Friday, April 8, 2016


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS