Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Luna Maya sudah tiada selera pada Ariel
Diterbitkan:  Jun 28, 2016 1:18 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Sekarang sudah tak ada selera - begitu perasaan Luna Maya membayangkan mengenai lelaki yang pernah bertakhta di hatinya, vokalis kumpulan Noah, Ariel.

Sebelum itu Luna Maya, 32, disapa media selepas dilihat memakai baju sama seperti pernah dikenakan aktres Sophia Latjuba.

Luna Maya dilihat tampil dengan pakaian itu ketika muncul dalam program Rumpi No Secret di steten televisyen Trans, Jakarta semalam, manakala Sophia pernah menyarung baju sama beberapa ketika dulu.

Sophia, 45, kini menjadi kekasih Ariel.

Kata Luna Maya memakai baju sama bukan masalah besar untuk mana-mana selebriti, malah ia pernah terjadi di Hollywood.

Diakui memiliki persamaan dari segi wajah jelita, kebetulan itu mendorong media untuk bertanya sama ada Sophia dan Luna Maya memang mempunyai cita rasa sama terhadap lelaki.

Luna Maya tidak mengelak soalan itu secara langsung sebaliknya menjawab secara berlapis.

"(Ariel sudah) mantan. Maksudnya cita rasa pada lelaki sama, tetapi itu cuma dulu.

"Sekarang sudah tak selera," katanya.

Luna Maya dan Ariel - ketika itu bersama band Peterpan - adalah pasangan kekasih yang menimbulkan kegemparan ramai pada 2010 apabila klip panas di atas ranjang mereka tersebar.

Tidak cukup dengan itu Ariel juga didapati melakukan perkara sama dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari.

Hubungan Luna Maya dan Ariel kemudian berakhir tidak lama selepas itu.

Kenyataan terbaru Luna Maya itu sebenarnya membayangkan hati dan perasaannya kepada Ariel kini tidak lagi bersisa sedikit pun.

Dia sendiri sudah mempunyai teman lelaki baru. Walaupun identiti lelaki terbabit dirahsiakan Luna Maya tidak pula menyembunyikan bahawa dia sedang berpunya. 

Malah baru-baru ini mereka dilihat menghabiskan masa bersama bercuti di kawasan pantai Greece.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS