Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selepas Sofi Jikan, polis panggil dua lagi artis
Diterbitkan:  Feb 8, 2018 11:41 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Polis sudah memanggil dua lagi artis berhubung laporan yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mereka akan menjalani prosedur seperti yang dilalui pelakon Soffi Jikan sebelum ini, iaitu memberi keterangan dan menjalani ujian air kencing.

Beliau berkata, kedua-dua individu itu berusia 40-an dan masing-masing adalah anggota kumpulan nasyid dan kumpulan R&B yang popular sekitar era 1990-an.

“Sama seperti prosedur yang dilakukan ke atas pelakon Sofi Jikan yang ditahan malam semalam, kita akan lakukan pemeriksaan air kencing.

“Pada masa ini pihak kami masih lagi menunggu kehadiran mereka bagi melengkapkan siasatan,” katanya seperti dipetik Harian Metro, semalam.

Sofi, 47, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam semalam selepas didapati positif ganja ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid pada 31 Jan lalu.

Pelakon filem Rock Bro! itu kini direman tiga hari mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Farid, 37, kini berhadapan beberapa pertuduhan antaranya menggunakan dadah, mendatangkan kecederaaan secara sengaja dan berkelakuan tidak senonoh.

Ia ekoran tindakannya yang didakwa menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu kemudian mendakwa kelakuannya itu berpunca daripada tiga rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minuman tanpa pengetahuannya.

Lihat Komen
ADS