Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Jangan keliru antara rendang dan ayam goreng'
Diterbitkan:  Apr 3, 2018 2:18 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, H.E Vicki Treadell 'mengajar' juri program masakan Masterchef UK mengenai nasi lemak dan menjelaskan perbezaan antara rendang ayam dan ayam goreng yang dihidangkan bersama masakan itu.

Kenyataan Treadell itu muncul selepas dua juri Masterchef UK membuat komen tidak munasabah terhadap rendang ayam yang dimasak seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin.

"Rendang adalah hidangan ikonik bagi bangsa Malaysia dan jangan dikelirukan dengan masakan Indonesia.

"Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tak pernah ranguo dan jangan juga dikelirukan dengan ayam goreng yang kadang kala dihidang bersama nasi lemak," kata Treadell menerusi catatan di Twitter.

Treadell turut menandakan akaun Twitter @MasterChefUK, @JohnTarode1 dan @GredAWallace pada tweet berkenaan.

Terdahulu, dua juri MasterChef UK, John Torode dan Gregg Wallace tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak yang disediakan Zaleha.

Wallace berpendapat kulit ayam yang dimasak Zaleha tidak rangup selain kuah berlebihan pada rendang menjadikannya sukar untuk dimakan.

Torode pula berkata, meletakkan ayam rendang di sisi nasi lemak adalah satu kesilapan besar.

Kedua-dua juri itu kemudian mengambil keputusan untuk menyingkirkan Zaleha.

Komen yang dibuat oleh kedua-dua juri itu turut mengundang kritikan chef selebriti terkenal tanah air, Chef Wan.

Menurut Chef Wan, kedua-dua juri berkenaan tidak arif dalam bidang mereka, selain memberikan komen yang tidak adil kepada Zaleha.

“Dia (Zaleha) bukan menghidangkan Duck Ala Orange atau Confit D Carnard, kedua-duanya juga tidak memerlukan kulit yang garing.

“Juri nampaknya tidak tahu kaedah sebenar untuk memasak makanan kita dan kaedah menyiapkannya,” kata Chef Wan melalui Instagram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS