Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kahwin lebih 2 tahun tapi Upiak dakwa masih perawan
Diterbitkan:  Apr 6, 2018 1:27 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil mendedahkan dirinya masih bergelar perawan walaupun pernah berkahwin sebelum bercerai kira-kira dua tahun kemudian.

Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 32, berkata selama mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya itu mereka tidak pernah melakukan hubungan intim.

“Selama dua setengah tahun bernikah, saya masih boleh menjaga itu…(kehormatan diri),” katanya.

Upiak membuat kenyataan itu sewaktu diwawancara oleh sebuah rancangan televisyen popular negara jiran, Indonesia yang disiarkan pada 1 April lalu.

Walaupun kedengaran agak pelik untuk seorang wanita yang bernikah secara rasmi dan mengikut hukum agama, tetapi itu hakikat yang berlaku dalam rumah tangga Upiak.

Berkongsi lebih lanjut, Upiak berkata, selama melangkah ke alam perkahwinan, bekas suaminya itu tidak pernah membuat dirinya berasa ghairah.

“Boleh jadi, bergantung kepada lelaki, kalau mampu menaikkan nafsu, mungkin boleh mencairkan hati wanita,” katanya.

Namun, Upiak tidak menolak, berkemungkinan besar juga masanya masih belum tiba untuk dia mengecapi nikmat suami dan isteri.

“Mungkin Tuhan masih belum izinkan saya,” katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Upiak - yang hidup dalam kemiskinan - menempuh alam rumah tangga bersama bekas suami pada 2013.

Bagaimanapun, dia berdepan kekecewaan apabila lelaki berkenaan sanggup meninggalkannya selepas mendampingi wanita lain dan kemudian mengahwini kekasihnya itu.

Lebih menambah luka di hati, ekoran tiada keserasian dan tidak disukai, ibu mentua Upiak turut menghinanya sebagai ‘gila’ disebabkan dia menyanyi lagu Tak Tun Tuang.

Dalam klip video Tak Tun Tuang, Upiak tampil menyanyi sambil memakai kain sarung, selipar besar dan baju tidur, imej dan lagu itu menjadi tular hingga namanya sering disebut-sebut warga alam maya.

"Apabila saya tampil memakai baju tidur, selipar besar dan kain sarung dalam klip video itu orang ramai menyangka saya orang gila. Sampai patah semangat dibuatnya sebab umum menuduh saya kurang beretika.

"Tetapi inilah keajaiban yang Tuhan berikan kepada saya lagu itu akhirnya menjadi viral hingga ke luar negara," katanya.

Lihat Komen
ADS