Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
PRU 9 Mei, peminat Bruno Mars diminta tenang
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 7:18 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Pengumuman mengenai tarikh membuang undi dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mencetuskan kekecohan selain kebimbangan buat peminat Bruno Mars.

Ini kerana tarikh Mars dijadual menghiburkan peminatnya jatuh pada hari sama untuk hari mengundi iaitu pada 9 Mei depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk makluman, Mars, 32, bakal hadir ke Malaysia bagi Konsert Bruno Mars 24K Magic World Tour dan setakat ini kesemua 12,000 tiket laris dijual.

Bagaimanapun, tampil meredakan keadaan, penganjur konsert PR Worldwide membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan melalui akaun Facebook rasmi mereka.

“Terima kasih atas semua mesej dan panggilan telefon yang dibuat berhubung konsert Bruno Mars.

“Sila tunggu, PR Worldwide akan membuat kenyataan rasmi tidak lama lagi,” kata wakil syarikat berkenaan.

Bruno Mars, yang merupakan penyanyi kelahiran Honululu, AS pernah menerima 11 anugerah Grammy, tiga Anugerah Brit, tiga Guinnes World Record dan lapan Anugerah American and Soul Train Music.

Antara lagu popular Mars ialah Just The Way You, Are, When I was Your Man dan Billionaire.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 pada Sabtu, 28 April manakala tarikh mengundi pula adalah pada hari Rabu, 9 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS