Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Rasukan' Hantu Kak Limah bawa laba hampir RM2j
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 6:56 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Kesungguhan Mamat Khalid meyakinkan orang ramai untuk keluar membeli tiket dan berhibur dengan menonton Hantu Kak Limah benar-benar membuahkan hasil.

Filem komedi seram itu berjaya meraih kutipan RM1.8 juta hanya sehari selepas ditayangkan di pawagam.

Berita itu dikongsikan akaun rasmi Instagram Astro Shaw.

“Perggh!!! Baru je start tayangan hari pertama semalam, Filem #HantuKakLimah dah melakar dua rekod!

“Kutipan tersebut sekaligus merekodkan Hantu Kak Limah sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan,” menurut kenyataan itu.

Satu lagi pencapaian dilakar Hantu Kak Limah, menurut Astro Shaw, ialah mengenai kutipan terawal dibuat.

“Sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan sneak preview (pratonton tidak rasmi) pada 8 Ogos,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Astro Shaw mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Malaysia dan Brunei yang tidak melepaskan peluang menjadi penonton terawal menyaksikan Hantu Kak Limah.

“Tahniah kepada semua warga kerja filem #HantuKakLimah, terima kasih kepada semua pengedar dan terima kasih Malaysia dan Brunei.

Korang memang ohsem! #HantuKakLimah #HKL #CerCiter #Hklperghh #KejungPerut

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan Mamat, 55, komited untuk menghasilkan sebuah karya yang mudah dah ringkas malah boleh membuatkan penonton yang menonton ketawa terbahak-bahak.

Dapatkan bantuan guru silat

Katanya, dia berazam untuk menghasilkan sebuah filem yang tidak kompleks kerana gerun dengan kegagalan beberapa naskhah pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Saya nak penonton ketawa terbahak-bahak, nak penonton rasa tenang.

“Kalau (jalan cerita) kompleks anda takkan seronok, jadi benda itu saya hapuskan dan kita permudahkan,” katanya.

Hantu Kak Limah berkisahkan perjalanan hidup Kak Limah selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia jauh lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, watak dibawa pelakon veteran Delimawati itu tiba-tiba meninggal dunia dan kematiannya diselubungi misteri.

Sejak kematian Kak Limah, orang kampung mula diganggu dengan pelbagai peristiwa menyeramkan hingga menyebabkan Hussin watak dibawa Datuk Awie dan rakan-rakannya pergi mendapatkan khidmat Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat yang dikatakan mempunyai kebolehan menghalau makhluk halus.

 

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

 

Lihat Komen
ADS