Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bront: Segera tonton One Two Jaga atau berisiko 'kempunan'

Penerbit dan pelakon filem Bront Palarae berharap orang ramai tidak berlengah untuk berkunjung ke pawagam dan membeli tiket untuk menyaksikan One Two Jaga sebelum ia hilang dari ‘radar.’

Menjelaskan kenyataan itu, Bront berkata, penonton tidak akan berpeluang untuk menonton filem itu lagi selain di pawagam sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

“Kenapa anda harus menonton #OneTwoJaga di pawagam?

“Nombor satu, filem ini tidak akan ditayangkan di Astro, RTM, saluran Media Prima atau iFlix/Viu/HyppTV.

“Nombor dua, pawagam mungkin akan menarik keluar dari tayangan mulai minggu depan.

“Nombor tiga, supaya lebih banyak isu-isu masyarakat diketengahkan dalam sinema,” ciapnya di Twitter.

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan pengarah One Two Jaga, Nam Ron, meluahkan hasrat - secara sinis - untuk ‘mencuba nasib’ dalam industri filem lucah.

Kata Nam Ron melalui kiriman teks kepada Malaysiakini sebentar tadi, luahannya itu dibuat selepas melihat sambutan hambar One Two Jaga yang memulakan tayangannya hari ini.

 

 

“Ada orang kongsikan gambar dalam pawagam yang kosong, mungkin itu untuk tayangan sesi pagi,” katanya.

Filem One Two Jaga dibarisi dibarisi gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia iaitu Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Chew Kin Wah, Ario Bayu dan Asmara Abigail, manakala Filipina, Timothy Castillo.

Ia menonjolkan sisi gelap beberapa anggota Polis Diraja Malaysia yang terbabit dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat Komen
ADS