Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Saya tak ada sixpack seperti lelaki dalam video lucah itu'
Diterbitkan:  Mar 13, 2019 6:49 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

Penyanyi Aiman Tino menyanggah dakwaan yang menuduh dia adalah lelaki yang berbogel sambil menyentuh kemaluan dalam klip video yang tular di media sosial sejak tiga hari lalu.

Tegas Aiman, yang mengaku baru sempat menonton menonton video itu, bentuk tubuh badan lelaki terbabit langsung tidak menyerupai dirinya.

“Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya.

"Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada six pack (otot pada perut) seperti lelaki dalam video itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu juga menjelaskan, dia tidak tahu-menahu bagaimana pihak bertanggungjawab menyebarkan video terbabit boleh menyunting bingkai gambar hingga menyamai yang tergantung di dalam biliknya.

“Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil.

“Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Yusri itu berkata, penularan video berkenaan membawa aib selain menjejaskan imej dan reputasi dirinya.

“Saya tak pasti sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Aiman, 20, turut menafikan ia merupakan gimik bagi melariskan single terbarunya yang berjudul Terlerai Sebuah Janji.

“Tak tergamak saya melakukan gimik yang boleh memalukan diri sendiri. Ia hanya kebetulan dan berlaku ketika lagu ini baru dilancarkan,” katanya.

Semalam Aiman melalui akaun Instagram miliknya berkata, akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak masih ingin mengaitkannya dengan video lucah berkenaan.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, seorang lelaki didakwa mirip Aiman berinteraksi di hadapan kamera sambil melakukan aksi lucah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS