Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Bagi kebanyakan orang, mungkin lebih mudah untuk mereka menjatuhkan hukuman atas sikap dipamerkan Iqram Dinzly berbanding cuba memahami.

Bagi Iqram, dia mempunyai penjelasan tersendiri di sebalik setiap perkara yang cuba disampaikan dan dikongsikan di media sosial sebelum ini.

Menurut Iqram, hal itu termasuk apabila dia memuat naik imej dirinya berbogel - kecuali bahagian alat sulitnya yang disunting - di dalam tab mandi.

Katanya, selama ini dia sebenarnya mengajuk tindak-tanduk generasi muda dan cuba membuka mata ibu bapa mengenai aktiviti anak-anak mereka di sebalik media sosial.

“Ni semua perang persepsi. Apa saya buat di @prinxchiqydinzly tu semua perjalanan di alam maya.

“Saya nak buka minda ibu bapa yang seusia atau lebih berumur daripada saya mengenai perbuatan dipamerkan anak-anak di belakang mereka di media sosial,” katanya.

Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memang seorang pelakon dan hos TV terkenal kerana aksi-aksi peliknya yang di alam siber.

Pernah suatu ketika dulu, perkongsiannya itu mengundang perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad dan pendakwah terkenal, Kazim Elias. 

Meskipun maklum tentang pandangan umum ke atas dirinya, Iqram, 37, berkata dia nekad dengan pendiriannya untuk mendidik golongan belia.

“Saya risau, tak nak pentingkan diri. Saya buat bukan tak fikir pandangan negatif yang dilemparkan.

“Tapi kalau saya tak buat pun, mereka sendiri memang rakam aksi lucah untuk dikongsikan.

"Malah ada segelintir yang buat untuk dapatkan keuntungan semata-mata,” katanya.

Lihat Komen
ADS