Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aishah nak bincang dengan peguam aksi Vida semalam

Aishah akan membincangkan tindakan terbaru usahawan kosmetik, Hasmiza Othman - atau lebih dikenali sebagai Vida - dengan peguamnya petang ini.

Langkah penyanyi Tangisan Dalam Senyuman itu diambil susulan beberapa dakwaan dan perbuatan dipamerkan Vida sewaktu sidang medianya semalam.

Sidang media itu diadakan sebagai melunaskan tuntutan dibuat Aishah berhubung barang kemas bernilai RM80,000 yang dipersetujui hasil mediasi kedua-dua pihak bagi menyelesaikan kes mahkamah mereka.

“Saya akan berbincang dengan peguam,” kata Aishah kepada Malaysiakini.

Konflik itu tercetus selepas Vida - selaku penaja utama Gegar Vaganza 4 - membuat representasi salah berhubung barang kemas yang diberikan sebagai hadiah iringan kepada Aishah.

Namun, Aishah dan Vida berjaya menyelesaikan kes saman di luar mahkamah dengan penyanyi itu menetapkan tiga syarat.

Aishah dibenarkan memilih mana-mana barang kemas yang diingini asalkan harga pamerannya berjumlah RM80,000 dan Vida membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyebut perkataan itu secara spesifik.

Sila nilai sendiri

Vida harus menunaikan kedua-dua syarat berkenaan selewat-lewatnya semalam.

Vida juga perlu membayar kos guaman sebanyak RM7,500 kepada peguam Aishah pada atau sebelum 7 Julai.

Untuk rekod, pada 6 Julai lalu, Vida sudah mengadakan sidang media bertujuan menyatakan permohonan maafnya secara terbuka.

Dalam sesi di depan media semalam, Vida mengumumkan penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah itu memilih lima barang kemas termasuk dua butir berlian, kesemuanya berjumlah RM80,000.

Bagaimanapun, pada sidang media tersebut, Vida yang terkenal dengan gelagat mencuri perhatiannya sekali lagi mencetuskan ‘drama’.

Dia antaranya mendakwa Aishah seorang yang bersikap terburu-buru memilih barang kemas selain menganggap bayaran kos guaman yang diberikan sebagai sedekah.

Vida juga memasukkan dua butir berlian berjumlah RM40,020 ke balang makanan ringan, kemudian membuat aksi seolah-olah mahu menyuap barang berharga itu ke dalam mulut.

Mengulas tindakan itu, Aishah menjawab secara sinis : “Hadoii, namanya pun Vida. U-olls boleh nilai sendiri.”

Sementara itu, dipetik BH Online, Aishah menyifatkan tindakan Vida itu memperlekehkan dirinya sebagai seorang artis.

Lihat Komen
ADS