Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Pawana Isabella kembali sempena Hari Malaysia
Diterbitkan:  Sep 1, 2019 6:17 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan hangat akan kembali membuat persembahan pada 13 hingga 16 September ini bersempena dengan Hari Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, persembahan tambahan selama empat hari itu memberi peluang kepada para peminat dan penyokong teater tanah air yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket persembahan sebelum ini.

Karya teater pengarah prolifik, Erma Fatima itu berlangsung pada 21 hingga 31 Ogos lalu di Istana Budaya dan membariskan beberapa pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Janna Nick , Azar Azmi dan Afdlin Shauki.

Pawana Isabella berkisahkan perjuangan suatu kaum dikenali sebagai 'Malayu' di negeri Aksara. Pada suatu ketika mereka bangkit menentang penindasan yang berlaku di negeri berkenaan.

Teater berkenaan diwarnai dengan pelbagai konflik yang berpunca daripada isu penindasan, tamak haloba, pentingkan diri sendiri dan makan suap.

Teater itu sempat menimbulkan perdebatan kerana menyentuh isu perkauman.

Bagaimanapun, Erma menegaskan bahawa tidak wajar mana-mana pihak mempolitikkan naskhah berkenaan kerana hasrat sebenarnya mengketengahkan teater itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan kaum Cina mahupun India.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS