Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Program realiti sensasi dan jarang lekang daripada kontroversi, Gegar Vaganza, kembali pada musim keenam dengan jumlah peserta paling ramai berbanding sebelum ini iaitu 13 orang yang akan bersaing merebut gelaran juara.

Dan merungkai tanda tanya siapakah peserta kali ini, penganjur hari ini mengumumkan nama-nama mereka yang kembali untuk mengubati rindu peminat, seperti Roy, Jatt (vokalis kumpulan Black Dog Bone), Sham Visa dan penyanyi bersuara serak dari Teluk Intan, Wann.

Roy - atau nama sebenarnya Mohamed Razuan Alwi - berkata, dia terbuka hati untuk menyertai Gegar Vaganza musim keenam (GV6) kerana tidak mahu menghampakan permintaan peminat yang mahu melihatnya kembali beraksi di pentas.

"Saya masuk GV6 bukan kerana fikirkan soal bertanding, namun itu tidak bermakna saya tidak mahu memberikan yang terbaik," kata penyanyi berusia 55 tahun itu pada sidang media mengumumkan kembalinya GV6 di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini.

Jatt - atau Tahir Ali - merupakan peserta paling veteran yang bertanding kali ini memandangkan usianya mencecah 63 tahun.

"Usia bukan penghalang, saya akan cuba berikan yang terbaik dengan peluang yang ada," katanya.

Sham Visa pula yang sebelum ini sudah 'mencuci tangan' daripada kerjayanya sebagai penghibur berkata, dia ingin kembali kerana rindu untuk menyanyi di depan peminat.

Sementara itu Wann pula berkata, sekiranya berhasil mengungguli GV6, dia memasang impian untuk menghasilkan single kerana sudah lama tidak merakam lagu.

Turut bersaing kali ini ialah Noorshila Amin, Naqiu (Boboy), Ameer (Sofazr), Hady Mirza dan penyanyi wanita yang pernah popular sekitar era 1990-an serta awal 2000-an seperti Mazleela, Feeza dan Nur Fatimah.

GV6 akan turut dimeriahkan dengan penyertaan dua peserta berkumpulan iaitu Kool yang dianggotai Hairie dan Riot, serta One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae).

Kumpulan itu juga menampilkan penyanyi solo kelahiran Sabah, Sabhi Saddi, sebagai salah seorang kumpulan mereka.

GV6 dijadual bersiaran secara langsung selama lapan minggu bermula 13 Okt dan dipancarkan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebelum ini siri GV mencetuskan kontroversi panjang membabitkan juara musim keempat, Aishah, yang membangkitkan isu hadiah yang diterimanya daripada penaja.

Lihat Komen
ADS