Selebriti upah pengawal peribadi takut diserang macam menteri
Susulan kejadian mengejutkan ke atas salah seorang menteri Indonesia baru-baru ini, kebimbangan terhadap ancaman keselamatan turut dirasai golongan selebriti negara itu.
Justeru mereka mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan masing-masing semasa berada di tempat terbuka.
Kata mereka, serangan ke atas Menteri Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto, menunjukkan ancaman sebegitu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Wiranto, 72, yang juga bekas panglime Angkatan Tentera Indonesia cedera di perut akibat ditikam seorang ketika membuat lawatan ke Pandeglang, Banten, pada 11 Okt lalu.
Media tempatan melaporkan penyerang terbabit menggunakan senjata ala ninja yang digunakan dalam salah satu siri kartun Jepun, Naruto.
Setakat ini selebriti ternama yang menggunakan khidmat pengawal perbiad ialah:
Al Ghazali - Dia merupakan anak sulung kepada pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani. Selain terlibat dalam pertunjukan pentas, Al Ghazali - atau Al - juga bekerja sebagai seorang deejay radio.
Dia sering ke udara bermula waktu malam hingga lewat pagi.

Bagi memastikan keselamatannya terjamin, Ahmad Dhani mengupah dua pengawal peribadi untuk mengawai keselamatan anaknya itu.
Untuk rekod Ahmad Dhani kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan kerana memberikan ucapan kebencian dan menghasut.
Raffi Ahmad - Sebelum ini dia pernah merasai pengalaman getir apabila diancam orang tidak dikenali.
Sejak kejadian itu, suami kepada pelakon terkenal, Nagita Slavina, itu menggunakan khidmat tiga pengawal peribadi untuk melindungi dirinya.

Hal itu juga dapat dilihat melalui beberapa hantaran Raffi di laman sosial. Misalnya semasa dia bercuti bersama keluarga di Bali.
Ruben Onsu - Sebagai pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Ruben ada sebab untuk mengupah pengawal keselamatan sendiri.

Tambahan pula dia pernah berdepan dengan pelbagai ancaman, termasuk ilmu hitam, serta diugut untuk dibakar restorannya.
Justeru Ruben memiliki seorang pengawal untuk melindungi dirinya.





