Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Gaun baldu biru Puteri Diana 'tak laku' dilelong
Diterbitkan:  Dec 10, 2019 5:29 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Ia sepersalinan pakaian yang bersejarah kerana digayakan semasa menghadiri majlis makan malam rasmi di Rumah Putih pada 1985 dan Ronald Reagan menjadi tuan rumah.

Di majlis itu mendiang Puteri Diana menggayakan pakaian daripada baldu biru itu dan menangkap perhatian ramai, termasuk pelakon John Travolta yang menari bersamanya.

Namun ketika dilelong semalam, gaun rekaan Victor Edelstein untuk bekas isteri Putera Charles berkenaan gagal dijual walaupun ia adalah satu daripada pakaian yang banyak dikenang ramai.

Ditawarkan untuk acara lelongan Passion For Fashion di London, gaun Puteri Diana itu dianggarkan bernilai antara £250,000 (RM1.4 juta) hingga £300,000 (RM1.6 juta).

Bagaimanapun sehingga lelongan berakhir, tiada sesiapa yang sanggup meletakkan harga berkenaan untuk memilikinya.

Sebelum itu jurucakap firma lelongan Kerry Taylor Auctions Ltd menyatakan ada pembida dari England dan AS menunjukkan minat.

Katanya gaun yang sama sebelum ini dibeli lelaki pada 2013 dengan harga £200,000 (RM1.1 juta) dan bercadang untuk dihadiahkan kepada isterinya.

"Bagaimanapun sejak itu gaun berkenaan lebih banyak disimpan dalam almari berbanding dipakai wanita terbabit.

"Sekarang pasangan itu serius mahu ia dipaparkan kepada umum," katanya.

Lihat Komen
ADS