Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis 'tersasul' sebut salah seorang suspek kes dadah isteri Lucinta
Diterbitkan:  Feb 12, 2020 10:03 PM
Dikemaskini: 2:05 PM

Gara-gara tersasul, kata-kata pegawai kanan polis Jakarta Barat sempat membuat suasana sidang media mengenai penangkapan Lucinta Luna semalam bertukar lucu.

Ia berlaku ketika Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, menjelaskan butiran mengenai penahanan Lucinta, 30, dan tiga individu lain.

Mereka ditangkap polis di sebuah apartmen di Jakarta Barat kerana disyaki mengambil dadah.

Bagaimanapun, hari ini polis menjelaskan, hanya Lucinta yang gagal dalam ujian saringan, manakala tiga yang lain negatif dadah.

Seorang daripada mereka yang ditahan itu ialah Abash, individu yang selalu menjadi pasangan Lucinta.

Semasa menjelaskan hal itu Yusri secara bersahaja menjelaskan, individu terbabit adalah isteri Lucinta.

"Yang satu itu, apa ya... isterinya ya? Soalnya.... perempuan," kata Yusri seperti dipetik Tribunnews.

Hanya selepas menyedari wartawan yang membuat liputan sidang media itu heboh, barulah Yusri membuat pembetulan.

"Pasangannya.... pasangannya," kata Yusri sambil menggaru-garu telinganya.

Untuk rekod, sejak dulu memang ada gosip mendakwa Abash itu sebenarnya seorang wanita yang berperawakan seperti lelaki.

Hal itu semakin menjadi perhatian apabila muncul satu klip video menunjukkan Abash mengelak untuk membuka bajunya dan menayangkan dadanya.

Setakat ini gambar Abash tanpa baju hanya memaparkan tubuhnya dari arah belakang saja.

 

Lihat Komen
ADS