Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bront tegur menteri: Tu bukan pelakon, YB
Diterbitkan:  Apr 19, 2021 1:06 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Selepas bersuara awal dalam isu iklan judi raya kelmarin, sekali lagi Bront Palarae menzahirkan rasa kurang senangnya dengan cara pihak berkuasa menangani isu berkenaan.

Kali ini, penerbit dan pelakon itu menegur Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Masih menggunakan media sosial, Bront berkata menteri terbabit terkeliru semasa menggunakan istilah untuk merujuk kepada watak-watak yang terbabit dalam iklan tersebut.

Kata Bront, individu yang terlibat dalam iklan tersebut - yang secara tidak langsung mencetuskan kritikan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) - tidak boleh dianggap sebagai pelakon.

“Tu bukan pelakon YB, masih tahap talent,” ciapnya.

Bront juga 'menyekolahkan’ Saifuddin apabila menciap lagi:

“Dari cepat menghukum ada baiknya cuba fahami standard practice industri dan selidik situasi.”

Turut mengiringi ciapan tersebut ialah laporan berita Malaysiakini semalam yang melaporkan Saifuddin menyeru pihak berkenaan untuk lebih berhati-hati dan tidak memberikan alasan tiada tawaran pekerjaan hingga sanggup menerima tawaran iklan berunsur perjudian.

 Katanya, situasi industri lakonan tanah air sudah berubah apabila kerajaan membenarkan semula penggambaran meskipun negara masih dilanda Covid-19 berbanding sebelum ini.

Hal itu menurutnya, menawarkan banyak peluang pekerjaan buat pelakon dan kru produksi.

Bront sebelum ini mempersoalkan tindakan polis menahan pelakon dan kru video berkenaan, sedangkan katanya, punca sebenar kekecohan itu adalah pemilik judi dalam talian dan pihak yang membayar upah untuk pembikinan video itu.

Lihat Komen
ADS