Saya sependapat dengan Hishamuddin Rais dengan tercetusnya kekecohan moral ( moral panic ) ulama, ahli politik dan beberapa NGO tempatan terhadap pementasan hiburan 'Sure Heboh'.

Saya rasa ada baiknya 'Sure Heboh' ini dilanjutkan supaya anak-anak muda kita tidaklah lagi ditangkap basah berkhalwat di taman taman pada malam hari.

Anak anak kita akan lebih terselamat daripada dikacau oleh ahli majlis ugama tempatan maupun datuk-datuk bandar dan kumpulan voyeur dari Edisi Siasat TV3 kalau mereka menuntun dan berpesta di Sure Heboh.

Mereka tidak berkhalwat kerana mereka dikhalayak ramai. Sambil berenang, sambil minum air-lah.