Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Sejak dahulu lagi, PAS cepat sangat melatah. Biarlah pertubuhan-pertubuhan itu hendak menyuarakan ketidakpuashatian mereka, mungkin kerana terlalu marah dengan sikap Jawi yang melampau.

Majlis Raja-Raja masih menghormati hak rakyat untuk bersuara dan tuntutan pertubuhan-pertubuhan itu tidak ada kena mengena dengan akidah kerana undang-undang ini hanyalah ciptaan manusia semata-mata yang boleh dipinda. Maka janganlah PAS sesuka hati mengikut nafsu menggunakan nama Tuhan dan Raja.

Kalau hendak ikut sunnah, masa zaman Nabi SAW dan para Sahabat pun tidak pernah ada pegawai yang ditugas khas untuk mengintai rumah orang atau mencari kesalahan orang Islam.

Saya ingatkan PAS akan berdemonstrasi menuntut undang-undang berkhalwat contohnya, dimansuhkan memandangkan Islam adalah suatu agama yang begitu menyanjung tinggi hak privasi umatnya. Haruslah memberi salam sebelum masuk dan sekiranya tidak dijawab, wajib beredar. Sesiapa yang mengintai malah dibolehkan dicucuk matanya oleh tuan rumah.

PAS tentunya berkongsi perasaan kecewa dan pengalaman pahit membabitkan seorang pemimpin parti itu yang diserbu pencegah maksiat di bilik hotel. Pemimpin tersebut dilepaskan atas kesilapan teknikal dan rasanya tiada yang menafikan yang dia memang ada berdua-duan dengan seorang wanita di dalam bilik hotel.

Tetapi PAS tidak pula melenting dalam hal tersebut? Tetapi apabila remaja yang ditangkap di Zouk dilepaskan atas sebab teknikal pula, PAS nampaknya begitu tidak berpuas hati dan menuduh Jawi bermacam-macam.

Kalau dalam kes pemimpin PAS tersebut, dia berkata wanita itu hanya datang untuk menghantar barang, maka remaja di Zouk pun mungkin boleh berkata, mereka cuma nak sembang dengan kawan saja - tak salah kan?

Berapa ramai daripada seratus remaja yang ditangkap itu yang didapati sedang berpesta seks? Tak dengar pula PAS mahu mempertahankan maruah mereka yang tercemar akibat dakwaan palsu...

ADS