Saya merujuk kepada laporan khas malaysiakini bertajuk Najis babi cemari persekitaran Kolej Islam Melaka .

Saya meminta pihak berkuasa lebih bertimbang rasa dalam menangani isu ladang babi di negara ini. Kita perlu fikir adakah dengan penutupan ladang babi akan selesai segala masalah?

Sebelum menutup semua ladang babi ini kita patut fikirkan nasib keluarga penternak dan para pekerja mereka. Fikirkan juga aspek ekonominya apabila kita terpaksa mengimport daging sedangkan kita boleh menghasilkannya sendiri.

Saya percaya ladang babi ini wujudnya bukan setahun dua ini tetapi mungkin sudah berdekad- dekad, tetapi kenapa hanya kini ia dipersoalkan?

Tidak mungkin dulu tiada bau atau pencemaran dari ladang-ladanga berkenaan. Dan tidak mungkin ladang-ladang ini tidak mendapat pengiktirafan atau lesen untuk menternak dari pihak berkuasa tempatan.

Mustahil pejabat daerah berkenaan tahu status tanah tersebut sebelum meluluskan kawasan untuk ternak binatang dan juga perumahaan.

Siapa yang patut disoal atau dipersalahkan dalam hal ini? Dengan penutupan kawasan ternak babi tanpa meluluskan kawasan yang baru, bagaimana penternak mahu menyara kehidupan mereka?