
Kerajaan jamin tidak beban pengguna dengan tunggakan IWK
Kerajaan memberi jaminan tidak akan membebankan pengguna dengan kutipan tunggakan bil pembentungan yang melebihi RM500 juta apabila dua rang undang-undang berkaitan perkhidmatan air diluluskan oleh parlimen.
Dana subsidi itu juga tidak akan dibelanjakan untuk projek mewah kerajaan atau "menebus" mana-mana syarikat berkaitan kerajaan yang menghadapi masalah.