
Bahagian diminta putuskan pelan peralihan kuasa
Persidangan perwakilan Umno bahagian Oktober diminta membuat pendirian sama ada hendak mengiktiraf atau tidak pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) parti.
Ahli Majlis Tertinggi (MT), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan mengenai peralihan kuasa tersebut secara lebih rasional dan terbuka, ikhlas dan jujur berasaskan fakta yang betul, tepat dan berasas untuk masa depan pemimpin Umno.