
AG mahu pohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan
Pejabat Peguam Negara akan memohon perintah agar Zamil Ahmad Murad, suspek dalam satu kes pembunuhan, dilepaskan tanpa dibebaskan kerana bukti menunjukkan tertuduh bertindak demikian kerana mempertahankan diri.
Umno Selangor berdemonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah cara menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Peletakan jawatan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim merupakan 'pengkhianatan' terhadap penyokongnya yang bertungkus lumus dalam pilihan raya, kata ketua umum PKR.
Kinibooks - penerbit dua buah buku yang dirampas di seluruh negara - mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut dan menggesanya menghentikan gangguan terhadap penjual buku.
PAS melihat kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal di mana kementerian dan agensi kerajaan, kini diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh seorang penulis untuk membatalkan keputusan kerajaan mengharamkan bukunya berhubung insiden rusuhan di Kampung Medan, Petaling Jaya, hampir sembilan tahun lalu.
Naib presiden PKR, Azmin Ali yang turut berucap di majlis yang sama, menyeru hadirin supaya memboikot akhbar
Utusan Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes lembu korban yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kes politik wang membabitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Seorang bekas pemimpin Umno Tanah Merah mempertikaikan status jawatan ketua Umno dan timbalan ketua bahagian tersebut yang didakwanya tidak berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut susulan cawangan mereka berstatus "dibubarkan sementara" oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 November 2007.