Saman RM150 juta Zainal ke atas The Sun ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah RM150 juta oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Zainal Rampak terhadap akhbar The Sun dan dua lagi berhubung penyiaran satu artikel 10 tahun lalu.
Zainal mendakwa The Sun Media Corp, bekas ketua pengarang T he Sun , Ho Kay Tat dan wartawan K Ravindran memfitnahnya.
Ketiga-tiga defendan itu disaman berhubung sebuah artikel yang disiarkan di
The Sun
10 tahun lalu yang didakwa mencemarkan nama baiknya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menolak permohonan Zainal dengan kos dan memutuskan bahawa artikel itu adalah ulasan adil dan perlindungan bersyarat (fair comment & qualified privilege).
"Tiada niat jahat oleh Ravindran dan artikel itu hanya memaparkan kenyataan fakta tanpa melibatkan dendam serta pertelingkahan peribadi,” katanya.
"Artikel berkenaan juga bukan bersifat penerbitan memfitnah.”
Beliau dalam penghakimannya berkata, defendan-defendan juga mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan kebenaran mewakili kepentingan sembilan juta pekerja.
Rencana dengan tajuk 'Shut up or Step Down, Zainal told' diterbitkan pada 6 Sept 6, 2000. Ia berkaitan skim anuiti KWSP.
[Baca berita penuh]

