Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Surat sokongan: DAP pecat 1, gantung 1
Diterbitkan:  Sep 3, 2010 1:59 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Yap Hock Siew kerana mengeluarkan surat sokongan bagi mencadangkan syarikat yang dimilikinya bersama untuk kontrak kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu juga memutuskan untuk menggantung keahlian seorang lagi ahlinya, Ong Chai Huat untuk selama dua tahun kerana dia adalah pemilik bersama syarikat berkenaan.

dap disciplinary committee  on tee boon hock 310710 tan kok wai 2 Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin DAP itu, Tan Kok Wai - Yap mengeluarkan surat sokongan itu pada 17 Jun lalu atas kedudukannya sebagai ketua kampung, Kampung Baru Pandaran.

Yap adalah pengerusi cawangan Pasar Pandamaran DAP manakala Ong pula adalah naib pengerusi di cawangan yang sama.

Menurut Tan, jawatankuasa disiplin parti juga mendapati bahawa Yap dan Ong mengeluarkan surat sokongan itu dengan menggunakan kepala surat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri Selangor (Pandamaran).

“Mereka diberikan 14 days dari tarikh surat itu untuk untuk mengemukakan rayuan bertulis berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pusat parti,” kata Tan.

Yap didakwa mengeluarkan surat sokongan yang mencadangkan syarikatnya, First Team Enterprise untuk kontrak menyelenggara dan membersih pintu air di Jalan Papan Pandamaran.

Sebelum ini, parti itu memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock - yang ketika itu anggota majlis perbandaran Klang -  kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakaan kepala surat seorang anggota exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.

[Baca berita penuh]

ADS