Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini mempersoalkan rancangan badan pelaburan MCA - Huaren Holdings Sdn Bhd - untuk mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC - syarikat perjudian ketiga terbesar di Malaysia selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

NONE Portal berita Malaysian Insider awal hari ini melaporkan Huaren merancang menggunakan dana hasil daripada jualan 42 peratus pegangannya di akhbar The Star untuk membeli Tanjong.

Bagaimanapun presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan hari ini menafikan MCA cuba mengambil-alih Tanjong.

“Laporan itu hanya berbentuk spekulatif kerana kami tidak berminat dengan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd,” katanya.

“ MCA terbuka bagi mana-mana peluang pelaburan tetapi tidak ada minat untuk terrlibat dengan perjudian.”

NONE Loke hari ini mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri berhubung rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya.

Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan,” katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus menjaja isu berkenaan.

Chua juga membidas DAP kerana menyerang MCA tanpa menyemak terlebih dahulu ketepat berita berkenaan.

“Mereka sepatutnya memastikan fakta berkenaan betul. MCA akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang membuat spekulasi berhubung isu itu tanpa sebarang asas.

“DAP, yang menjadi rakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, sebaliknya patut menjelaskan percambahan seperti cendawan, cybercafes, ‘pusat kesihatan’ dan pusat refleksilogi di negeri itu,” kata Chua.

[Baca berita penuh]