Kes sekumpulan penduduk Asal mencabar Kanun Tanah Sarawak telah ditangguhkan untuk membolehkan kerajaan negeri menjawab hujah 56 muka surat dan afidavit yang difailkan oleh perayu awal pagi ini.

azlan Peguam Baru Bian berkata, pihaknya telah mengemukakan

hujah berhubung cadangan mereka, seperti yang diminta mahkamah, tentang bagaimana untuk menilai dan menggantikan tanah NCR yang diambil jika mahkamah setuju bahawa ia berbeza daripada tanah biasa, kerana tanah merupakan kehidupan bagi penduduk orang Asal.

“Kami bersetuju untuk memberi mereka masa untuk mengemukakan hujah terhadapnya," kata Baru yang merupakan seorang peguam hak asasi penduduk Asal, kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

NONE Baru dan rakan peguamnya Sulaiman Abdullah, yang mewakili penduduk Asal terbabit, turut mengemukakan satu afidavit pagi ini bagi menjawab kebimbangan responden tentang mengapa orang Asal menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan negeri dan senyap lebih tiga tahun sebelum mereka memfailkan kes tersebut.

“Ia membabitkan beberapa fakta yang dibangkitkan oleh pihak

sana. Ini ialah hujah kami mengenai fakta-fakta tersebut seperti kami melihatnya,” jelas ADUN baru Ba'Kelalan itu.

Antara lain, afidavit itu termasuk tuduhan yang mempersoalkan tindakan pegawai daerah dan kerajaan negeri yang menyebabkan penduduk Asal tidak mendapat pampasan dan maklumat yang sempurna mengenai pengambilan tanah mereka untuk projek empangan hidroelektrik Bakun.

NONE Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi membenarkan permohonan responden untuk penangguhan tersebut.

Peguam JC Fong yang mewakili kerajaan negeri berhujah bahawa beliau memerlukan lebih masa untuk menjawabnya, terutama terhadap dakwaan dalam afidavit berkenaan.

Katanya, tuduhan terhadap pegawai kerajaan itu adalah serius dan beliau perlu memanggil dan bercakap dengan mereka.

Mahkamah mengarahkan beliau menjawab, meskipun merakamkan bantahannya.

Ariffin kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu kepada 16 Jun. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, kedua-dua kumpulan yang mencabar penghapusan status Tanah Adat (NCR) di tanah yang diduduki mereka membabitkan komuniti Dayak daripada etnik Kayan, Kenyah dan Ukit;  dan Iban.

   

Mereka mencabar arahan dikeluarkan Menteri Perancangan dan Sumber Asli Sarawak untuk menghapuskan status tanah NCR di tanah yang telah didiami mereka dan nenek moyang mereka sejak beberapa generasi.

   

Kumpulan pertama - Bato Bagi, Bit Buneng, Siring Angah, Adem Anyie, Jating Ibau dan Ngajang Midin - mewakili lima rumah panjang di sepanjang sungai Batang Balui di Daerah Belaga, Kapit, yang terjejas oleh projek pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun.

   

Mereka enggan berpindah ke Skim Penempatan Semula Asap dan terus tinggal di kawasan hulu Batang Balui.

Kumpulan kedua iaitu Jalang ak Paran dan Kampong anak Amih, ialah penghuni Rumah Munggu, rumah panjang di Tatau, Bintulu, Sarawak. Tanah mereka Ulu Batang Tatau diambil untuk pembinaan sebuah kilang papan.

   

Mereka dan keluarga masing-masing terus tinggal di tanah itu. Sehingga kini, tiada kilang papan dibina di tapak yang dicadangkan dan kawasan tersebut kembali menjadi hutan.

   

Kumpulan pribumi itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membatalkan saman mereka berhubung satu isu undang-undang, sebelum Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa arahan menteri adalah sah.

   

Mereka meminta kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.