Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Hiew Kok Ming press conference Hiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikannya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap.

Hiew ( kiri ) hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Menurutnya, sarjan tersebut naik angin apabila beliau mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya memnghubungi keluarha dan kawan-kawannya.

[Baca berita penuh]

ADS