'Gelombang kuning' MP Pakatan di Parlimen
Diterbitkan: Jun 30, 2011 12:00 PM | Dikemas kini: Jun 30, 2011 12:28 PM
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini - sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning - sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Kebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.
Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.