Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Ibrahim Saad, menyebabkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

NONE Kata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam laman Philippine Star malam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:

Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa..."

Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

NONE Tidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.

Isu itu juga disentuh  Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…"

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.

Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman  pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean.

[Baca berita penuh]