Pemuda Umno menyerahkan kepada ketuanya Khairy Jamaluddin untuk memutuskan sama ada mahu menerima undangan berdebat berhubung isu kemerdekaan negara, kata setiausahanya Megat Firdouz Megat Junid.

pas youth challenge umno youth debate 060911 Megat Firdouz ( gambar, kanan ) berkata, beliau akan memanjangkan undangan Pemuda PAS kepada Khairy dan akan memberikan jawapan rasmi secepat mungkin.

Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil hari ini menyerahk an undangan itu di ibu pejabat Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Bercakap dalam sidang media bersama, Megat Firdouz berkata, Pemuda Umno akan menyahutnya jika debat itu boleh mencari titik temu berhubung sejarah negara, menyebabkan tiada lagi pihak tidak bertanggungjawab mempersoalkannya dan sekiranya memberikan hasil positif.

[Baca berita penuh]