Dewan Negara bukan tempat panaskan kerusi
Diterbitkan: Sep 28, 2011 3:27 PM | Dikemas kini: Sep 28, 2011 3:31 PM
Dewan Negara bukan tempat untuk mengisi kerusi kosong atau memanaskan kerusi, kata presiden Dewan senat, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
"Pastikan kerusi dipenuhkan dengan golongan intelektual yang mampu berdebat. Jangan hanya mengisi kerusi sekadar memenuhkan tempat duduk," katanya kepada dalam satu forum di bangunan Parlimen hari ini.
Abu Zahar (kiri) berkata jawatan senator tidak perlu diberikan kepada mana-mana ahli politik tanpa sebarang alasan kerana tidak dipilih atau tidak boleh bertanding.
Beliau berkata demikian semasa perbincangan mengenai 'Memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan pematuhan hak asasi manusia di Malaysia', yang dianjurkan oleh persatuan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Proham).

