Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin telah menyarankan idea penggunaan viral video - video klip yang dikongsi di internet - sebagai sebahagian daripada strategi untuk mempromosi usaha-usaha pembaharuan BN.
Dalam ucapan dasar di mesyuarat agung tahunan Pemuda Gerakan
hari ini, Lim berkata ini adalah satu bentuk pengurusan persepsi yang positif untuk mendidik orang ramai.
Malah, beliau turut mencetuskan idea untuk meminta penyanyi/penulis lagu/pembuat filem Namewee untuk menghasilkan viral video tersebut.
Jika Namewee boleh menghasilkan Undilah , katanya, dia juga sepatutnya dapat "membantu kita untuk menghasilkan viral video untuk memasti (orang ramai tahu), kita bukan di belakang penyelewengan pilihan raya".
Beliau merujuk kepada PeteTeo yang menghasilkan pengumuman perkhidmatan awam yang menggalakkan orang ramai untuk menggunakan hak mengundi mereka.
Video itu menampilkan pelbagai personaliti Malaysia dalam video muzik dengan irama gubahan Namewee.
Lim berkata beliau pasti bahawa pilihan raya di Malaysia adalah adil.
Katanya, apabila beliau melawat tempat mengundi (pada pilihan raya umum 2008), setiap undi diteliti dan menurutnya, peneliti dari pembangkang sangat agresif.
Mengenai pengurusan persepsi negatif, Lim menggesa BN supaya menghapuskan budaya perhimpunan ahli-ahli parti komponen untuk
menyambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali beliau kembali dari luar negara.
Tegasnya, jika rakyat ikhlas, mereka akan datang, dan tidak perlu untuk menonjolkan suasana angkuh atau kepentingan diri.
Lim juga menggesa Dewan BN supaya membuat keputusan untuk kabinet dan bukannya sistem sekarang di mana menteri-menteri tertentu dari parti-parti tertentu membuat keputusan dalam perkara-perkara yang berbeza.
Memetik contoh sekolah vernakular, Lim berkata, MCA, MIC dan Gerakan telah "mengemis dan mengemis" untuk menubuhkan sekolah baru.
"Jika ini adalah sebuah kerajaan gabungan yang berkongsi kuasa, tidakkah seharusnya ini dirancang dari awal-awal lagi di peringkat majlis BN?" soalnya.
Ketiga-tiga cadangan ini adalah antara tujuh cadangan untuk mentranformasikan BN.
