Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Cabaran di Twitter akhirnya menyaksikan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, bersama-sama dengan rakan-rakannya beraksi di gelanggang boleh keranjang untuk membuktikan kehebatan mereka.

Khairy bulan lalu membuat cabaran di Twitter supaya diadakan pertandingan bola keranjang tiga lawan tiga pada tag # YBsCanJump, dan ini disambut oleh kakitangan Malaysiakini .

YBs can jump, friendly basketball with Malaysiakini Pada perlawanan di Berjaya Times Square, semalam, Khairy, turun beraksi bersama-sama dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Menteri Senator Gan Ping Sieu dan ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Pasukan Malaysiakini , pula diketuai oleh penolong editor, Andrew Ong dan dianggotai oleh ketua wartawan Hafiz Yatim, wartawan kanan Kuek Ser Kuang Keng dan wartawan Lee Long Hui.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertukar-tukar ‘taunts’ di Twitter bagi membuktikan kehandalan masing-masing.

Malaysiakini berjaya membuka jaringan menerusi Hafiz yang membuat lontaran dari jarak 15 kaki tetapi ini segera dibalas oleh Saifuddin yang terdengkut-dengkut akibat kecederaan di kakinya.

Pemain bintang cedera

Tiga minit kemudian, dengan menggunakan kelebihan tingginya, Khairy pula berkaya membuat jaringan untuk mendahului. Namun, Ong yang tidak dikawal mendapat hantaran dari Lee dan terus menjaringkan bola.

YBs can jump, friendly basketball with Malaysiakini Perlawanan semakin sengit manakala pengadil didakwa menyebelahi pasukan ahli parlimen itu dengan ahli pasukan seringkali diberi amaran kerana didakwa bermain kasar. Meskipun kelebihan menyebelahi mereka, namun peluang itu tidak dapat digunakan dengan baik.

Beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Lee mendapat peluang untuk melakukan ‘jump shot’ dari ‘baseline’ untuk memberi Malaysiakini kemenagan tipis, 3-2.

Ketika ditemui selepas perlawanan, pasukan YBs secara berseloroh berkata mereka dikalahkan menerusi perlawanan yang tidak adil.

"Kamu tahu, pemain bintang kami (Saifuddin) cedera hari ini, dan saya fikir gelanggang juga agak licin dan banyak perkara ... pengadil juga tidak memihak kami, jadi kami kalah tipis,” gurau Khairy.

"Saya juga nampak seorang pemain Malaysiakini bercakap dengan pengadil (tetapi) sudah tentu kita tidak membuat sebarang dakwaan menuntut apa-apa," celah Kamalanathan pula.

YBs can jump, friendly basketball with Malaysiakini "Kami bukan memberi alasan, tetapi sebabya adalah jelas," kata Gan sambil ketawa.

Apabila ditanya mengenai kecederaannya, Saifuddin berkata beliau cedera ringan semasa perlawanan pameran yang lebih awal.

"Saya kecewa kerana saya tidak dapat bermain dengan penuh tetapi saya mempunyai tiga pemain yang handal. Jadi, saya datang untuk main satu minit sahaja, tetapi saya menikmatinya, ini baik melihat anak-anak muda yang begitu ramai," kata Saifuddin.

[Baca berita penuh]

ADS