Ketua editor eksekutif Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang, hari ini membuat laporan polis, menyangkal dakwaan di internet bahawa dia menerima dua buah rumah sebagai hadiah dari bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting supaya membuat "laporan menggalakkan" semasa pertembungan antara Team A dan Team B dalam MCA pada 2001.

NONE Selepas membuat laporan itu di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Kuik mengakui dia memiliki dua buah rumah di

Puchong, tetapi menegaskan kedua-duanya adalah rumah teres yang dibeli dengan wang sendiri.

Katanya, dia tidak pernah menerima sebuah banglo dan rumah berkembar dari Ong - seperti yang didakwa dalam sebuah artikel, - telah diberikan kepadanya melalui (Presiden Kumpulan IOI) Tan Sri Lee Shin Cheng.

"Ini adalah sama sekali tidak benar," katanya kepada saluran berita NTV7.

ong ka ting meets supporters 260310 speak Kuik disebut dalam artikel yang bertajuk Sin Chew Publishing Group - The Whore Story, yang disiarkan dalam lamanweb Malaysia Today pada 2009, yang didakwanya sebagai fitnah.

Artikel yang ditulis oleh penulis tanpa nama yang menggelar dirinya "I Love Malaysia" , membuat beberapa tuduhan terhadap Sin Chew Daily, syarikat syarikat induknya,  Media Chinese International Ltd dan beberapa eksekutif kanan akhbar tersebut.

Artikel tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina baru-baru ini dan dimuat-naik dalam blog yang dikenali sebagai "The Scandal of Sin Chew Daily".

[Baca berita penuh]