Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta supaya bukti dikemukakan sebelum siasatan dapat dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai tertinggi polis, peguam negara dan seorang penjenayah di Johor yang dikaitkan dengan gejala rasuah.

NONE Beliau mengulas laporan Malaysiakini , berhubung beberapa pemberi maklumat yang memberi maklumat hingga tertangkapnya seorang ketua kongsi gelap di Johor Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh in 2007. Bagaimanapun, pemberi maklumat berkenaan kemudian dipaksa mengubah keterangan mereka hingga menyebabkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu pula dipersalahkan.

"Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.

"Sebagaimana yang saya selalu sebut, tiada seorang pun boleh mengatasi undang-undang," kata Hishamuddin ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.

musa hassan and gani patail and aca Enam anggota polis yang menyiasat Tengku Goh itu dilaporkan telah dipersalahkan kerana didakwa memalsukan bukti pada 2007.

Peguam negara Tan Sri Abd Gani Patail, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan penjenayah tersebut didakwa terlibat dengan tindakan itu.

Semua anggota polis berkenaan kemudiannya dibebaskan, paling akhir pada pertengahan 2011.

[Baca berita penuh]

ADS