Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa individu yang ditahan di bawah undang-undang baru berhubung anti keganasan boleh mencabar penahanan mereka di mahkamah.

Perkara itu berbeza daripada peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1964, di mana habeas corpus tertakluk kepada tujuan penahanan, katanya lagi di Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut undang-undang baru itu, tahanan berkenaan boleh memfailkan writ habeas corpus ke atas sebab dan tujuan penahanan mereka.

Perkara itu bermaksud bahawa kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas sebab penahanan tersebut dikembalikan semula ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaannya dan membuat kajian berterusan ke atas akta baru itu, serta membuat pindaan sekiranya perlu.

Presiden Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.

[Berita penuh menyusul]