Universiti Malaya (UM) akan mengadakan prosiding tatatertib terhadap tiga pelajarnya berhubung penglibatan mereka dalam demonstrasi anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April lalu.
Ketiga-tiga mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - dimaklumkan berhubung perkara tersebut melalui surat hari ini.
"Saya baru sahaja menerima surat itu hari ini yang mengarahkan supaya saya menghadiri prosiding itu pada 3 Mei ini, dan Haziq serta Safwan akan mengambil surat tersebut nanti.
"Kami dituduh memburukkan nama universiti bawah Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya dihubungi Malaysiakini .
Mohd Syahid adalah mahasiswa tahun akhir jurusan sains politik Islam manakala Muhammad Safwan merupakan pelajar tahun tiga jurusan pengajian Islam. Kedua-duanya merupakan pelajar Akademi Pengajian Islam UM.
Sementara Haziq Abdullah pula merupaka pelajar tahun pertama jurusan Undang-undang.