Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 hari ini menegaskan bahawa tindakan kekerasan dalam perhimpunan besar semalam dicetuskan oleh polis dan mereka tidak  hilang kawalan ke atas peserta berkenaan.

Pengerusi bersama penganjur tersebut Datuk S Ambiga berkata polis patut disalahkan atas tindakan menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan yang mencetus kekecohan.

"Bersih mengutuk sebarang tindakan kekerasan oleh mana-mana pihak. Saya katakan 250,000 orang semalam hadir dengan aman dan bukannya untuk merusuh.

"Kesemua tindakan kekerasan hanya berlaku selepas gas pemedih mata ditembak," katanya.

Tambahnya penganjur dapat mengawal peserta berkenaan sepenuhnya sehinggalah polis menembak gas berkenaan.

[Baca berita penuh]


Anda mempunyai rakaman video atau gambar yang menunjukkan kekasaran polis ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0? Anda boleh membantu kami berkongsi rakaman berkenaan dengan pembaca Malaysiakini. Hubungi kami: photo@malaysiakini.com