RUU p'raya tempatan S'gor tetap ke DUN
Ahmad Fadli KCDiterbitkan: Jun 12, 2012 7:21 PM | Dikemas kini: Jun 12, 2012 9:05 PM
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Selangor tetap akan membentangkan rang undang-undang untuk memulihkan pilihan raya tempatan walaupun berdepan halangan oleh kerajaan persekutuan.
"Selangor bercadang juga untuk perkenalkan rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri apabila kita bersidang pada 12 Julai kelak," katanya.
Enakmen sama yang diluluskan DUN Pulau Pinang sebelum ini diisytiharkan batal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menterinya, Datuk Chor Chee Heung di Parlimen hari ini mengumumkan bahawa enakmen yang diluluskan di Pulau Pinang baru-baru ini "terbatal secara automatik" kerana bertentangan dengan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

