Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini 6pm Selepas mengadakan pertemuan yang panjang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini,  Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tetap dengan pendiriannya bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 perlu disemak semula.

khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612 Khairy memberitahu Malaysiakini selepas pertemuan selama satu setengah jam itu bahawa beliau tetap dengan pendiriannya menentang Seksyen 114A.

Manakala dalam Twitternya kepada seorang pengguna lain yang mendakwa pertemuan itu telah mengubah fikirannya, Khairy berkata, beliau tidak pernah menukar pendiriannya dan beliau juga 'tidak dapat mengubah pendirian mereka'.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Rembau itu menafikan kabinet telah memutuskan untuk menegurnya berhubung bantahan terbukanya terhadap pindaan kontroversi itu.

Sumber-sumber kerajaan sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet telah menerima cadangan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos untuk menegur tiga pemimpin BN yang secara terbuka menentang pendirian kerajaan mengenai isu Seksyen 114A

Dua yang lain adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.

Pertemuan dengan Nazri dan Abdul Gani hari ini adalah untuk Khairy menjelaskan bantahannya terhadap pindaan tersebut.

Semasa pertemuan tersebut, Khairy berkata beliau mengemukakan hujah-hujahnya dan dijawab oleh Abdul Gani, bersama-sama dengan Timbalan Peguamcara II, Tun Majid Tun Hamzah.

Ketika dihubungi, ketua Pemuda Umno itu berkata, beliau diberitahu bahawa kabinet tetap dengan keputusannya berhubung pindaan tersebut dan Nazri telah ditugaskan untuk menjelaskannya kepada rakyat.

Khairy, Saifuddin dan Gan adalah antara segelintir pemimpin BN yang telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap Seksyen 114A.

[Baca berita penuh]

 

|
|
|
|
|
|
|

 

ADS