MRT Corp nafi tuduhan pinggir kontraktor bumi
Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menafikan tuduhan bahawa ia meminggirkan anggota Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam menganugerahkan kontrak kepada kontraktor Bumiputera.
"Peranan kontraktor Bumiputera dalam projek Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sangat penting.
"Amat tidak benar bahawa MRT Corp telah meminggirkan kontraktor Bumiputera kerana sesetengah pakej eksklusif hanya kepada syarikat Bumiputera dan sebahagian syarikat Bumiputera turut memperoleh kontrak dalam kategori terbuka.
"Selain itu, semua pakej terbuka bagi pembidaan kompetitif, jadi tidak timbul langsung isu dipinggirkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Hamid, dalam satu kenyataan hari ini.
Lebih 17 pakej bernilai RM7.6 bilion telah diberikan kepada syarikat Bumiputera sehingga akhir Julai, katanya.
Beliau berkata ini termasuk 10 pakej bagi sebelum pembinaan (kerja-kerja awal), tiga bagi pakej laluan bertingkat dan satu pakej stesen bertingkat.
"Ini berjumlah 47 peratus daripada pakej yang diberikan setakat ini, yang mana lebih tinggi berbanding sasaran 43 peratus.
"Selain itu, ada 17 pakej lagi yang akan diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera, bernilai RM1.7 bilion. Ini akan meningkatkan jumlah nilai projek yang diberikan kepada Bumiputera kepada RM9.3 bilion," katanya.
MRT Corp juga akan menganugerahkan lebih 200 pakej kepada kontraktor Kelas D,E dan F antara sekarang dan tarikh serahan projek yang disasarkan pada Julai 2017.
- Bernama
| 1. MRT Corp nafi tuduhan pinggir kontraktor bumi | Remove | |
| 2. Dewan Perniagaan Melayu tegur Najib isu tender MRT | Remove | |
| 3. Kami tidak akan berhenti, ikrar kumpulan Jalan Sultan | Remove | |
| 4. 'Selamatkan Jalan Sultan' mahu berarak 30 Ogos | Remove | |
| 5. MRT: Stesen BB Sentral, BB Plaza dibina tanpa bersepadu | Remove | |
| 6. Pembinaan stesen MRT Bkt Bintang bermula Isnin | Remove | |
| 7. Agensi k'jaan tak muncul dalam dialog MRT | Remove | |
| 8. Rafizi: Projek MRT mungkin meningkat hingga RM100b | Remove | |
| 9. 'Kenapa tempat niaga Melayu dikambing hitam?' | Remove | |
| 10. MRT: 21 daripada 24 pemilik tanah di Jalan Sultan setuju | Remove | |
| 11. 4 tender baru dikeluar bagi laluan MRT Sg Buloh-Kajang | Remove | |
| 12. 'Baju hitam' pertahan bangunan di Jalan Sultan | Remove | |

