Seorang pegawai polis memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini bahawa tembakan gas pemedih mata pertama boleh dijadikan sebagai amaran kepada peserta perhimpunan.

"Ia boleh digunakan sebagai amaran. Sekurang-kurangnya dalam situasi yang saya alami," kata Insp Shahrizal Dul Manap dalam inkuiri untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Jamaluddin Mohamed yang mewakili polis dalam siasatan.

Shahrizat yang merupakan saksi ke-32 hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa ia bukanlah amalan biasa tetapi boleh digunakan dalam situasi tertentu.

[Baca berita penuh]