Orang awam boleh memohon inkues terbuka diadakan terhadap kejadian tembakan di Ampang baru-baru ini jika mereka tidak berpuas hati dengan siasatan polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Menurutnya, polis telah selesai menyiasat perkara itu dan memajukan kertas siasatan untuk menentukan langkah seterusnya.

NONE "Kita mempunyai peraturan, kalau orang ramai tidak berpuas hati, kita telah kemukakan kertas siasatan berkenaan untuk dapatkan nasihat sama ada inkues diperlukan atau tidak," katanya pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

Belia berusia 26 tahun, D Dinesh mati dua hari selepas ditembak polis berhampiran Ampang Waterfront pada awal pagi 21 Ogos lalu.

Dua rakannya, K Moses, and Y Ilavarasen mendakwa melihat

kejadian tersebut dan pada awalnya enggan memberi keterangan kepada polis kerana pasukan penyiasat kes itu dipercayai dari balai polis yang sama dengan anggota polis yang dituduh menembak Dinesh.

Keluarga Dinesh bagaimanapun sebelum ini menggesa agar kematiannya dikategorikan sebagai kes bunuh.

Mereka turut menolak sebarang bentuk inkues atas alasan tidak mahu polis bertindak menutup sebarang cela mereka dalam kejadian tersebut.

Mereka turut menuntut polis yang terlibat dalam tindakan itu

digantung dan diambil tindakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.