Pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy tidak dibenarkan keluar negara petang ini atas alasan beliau merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

"Pegawai imigresen memberitahu saya bahawa sekatan itu telah dikenakan ke atas saya oleh ketua pengarah Jabatan Imigresen dan ketua polis negara.

NONE "Alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak tersebut ialah

bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara," kata Waythamoorthy ketika dihubungi Malaysiakini .

Katanya, beliau hendak menaiki penerbangan ke Manila pada jam 6.30 petang atas urusan perniagaan dan kini terkandas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Sambil mendakwa kerajaan telah menipunya, Waythamoorthy  berkata beliau diberi pasport pada 30 Julai dan dua bulan kemudian, tidak dibenarkan keluar negara.

"Apabila saya masuk ke negara ini, saya bukan ancaman kepaa keselamatan, tetapi dua bulan kemudiannya, saya tiba-tiba menjadi satu ancaman kepada keselamatan," katanya.

[Baca berita penuh]