Guan Eng tak mahu ulas tentang Ngeh kecuali...
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak mahu mengulas tentang Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung twitternya mengenai filem anti-Islam.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebaliknya meminta supaya kenyataannya mengenai isu itu, yang dikeluarkan pada 16 September, disiarkan dalam media terlebih dahulu.
Beliau menjawab soalan seorang wartawan dari akhbar harian berbahasa Melayu yang memintanya mengulas mengenai twitter Ngeh yang ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Ngeh (kanan) menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan
"Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?
. (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?)
Twitter Ngeh itu mencetuskan bantahan daripada kalangan pemimpin Umno dan penyokongnya, serta mereka dari parti rakan DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS.
Ngeh yang merupakan ADUN Setiawan, menjelaskan bahawa beliau bukan anti-Islam dan mengakui bahawa beliau menghormati protes yang dirancang bersama oleh kumpulan-kumpulan Islam, termasuk PAS.
[Baca berita penuh]
| 1. Ngeh dikecam ekoran kenyataan persoal demo | Remove | |
| 2. PGSM kecam filem hina Nabi, tapi tolak demonstrasi melampau | Remove | |
| 3. PERKASA dakwa AS biaya 'Innocence of Muslims' | Remove | |
| 4. Liga Islam Sedunia kecam filem anti-Islam | Remove | |
| 5. K'jaan sekat filem hina Islam di Youtube | Remove | |
| 6. Nik Aziz kutuk penerbitan filem 'Innocence of Muslims' | Remove | |
| 7. Menteri: Youtube tak sensitif, masih muat filem anti-Islam | Remove | |
| 8. DAP kecam filem hina Islam 'Innocence Of Muslims' | Remove | |
| 9. Pemuda Umno anjur demo bantah filem anti-Islam | Remove | |
| 10. Mat Sabu: Walau marah, jangan cerca agama lain | Remove | |
| 11. Muhyiddin kecam filem hina Rasulullah | Remove | |
| 12. Umat Islam di M'sia berhimpun kecam filem hina Rasulullah | Remove |

