'114A tak cabuli prinsip tak bersalah sebelum dibuktikan'
Diterbitkan: Sep 20, 2012 4:41 PM | Dikemas kini: Sep 20, 2012 6:06 PM
Pakar undang-undang berpendapat, pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950 tidak mencabuli prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan.
Ini kerana pindaan kontroversi itu masih memberikan ruang pembelaan kepada tertuduh.
"Tiada pencabulan terhadap anggapan ketakbersalahan... masih terdapat ruang untuk tertuduh mempertahankan dirinya," kata pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Shamrohayu A Aziz (
kanan
).
Katanya, jika perbicaraan jenayah bawah Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi sebelum mahkamah menggunakan Seksyen 114A, pendakwaan masih perlu membuktikan kesalahan melampaui keraguan yang munasabah.

