Prosiding parlimen akan digantung sebentar pada jam 4.30 petang ini bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan filem Innocence of Muslims yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Timbalan speaker Ronald Kiandee berkata, selepas mempertimbangkan usul yang dicadangkan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), beliau mendapati perkara itu penting dan melibatkan kepentingan awam.

Ronald menggunakan kuasa bawah Peraturan Tetap 18(3) dengan menggantung prosiding dan memberikan 30 minit kepada dewan untuk membahaskan reaksi parlimen terhadap filem yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia itu.

[Baca berita penuh]