Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) minggu depan akan meneliti bagaimana dana kerajaan dipindahkan kepada National Feedlot Corporation NFC), kata pengerusinya, Datuk Azmi Khalid.

"Sama ada ia (proses pembayaran) mengikuti prosedur, serta perjanjian (pinjaman)".

NONE Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Parlimen

selepas mempengerusikan mesyuarat PAC hari ini, Azmi berkata jawatankuasa itu hanya berminat untuk melihat bagaimana dana awam RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah itu, dibayar.

"Kami tidak berminat bagaimana NFC membelanjakan wang itu, yang kini menjadi sebahagian daripada prosiding mahkamah".

Beliau berkata, mesyuarat hari ini dihadiri pegawai Jabatan Audit Negara, yang membentangkan audit khas berhubung pinjaman NFC berdasarkan siasatan mereka selama dua bulan.

Azmi berkata PAC telah melihat laporan khas itu dan telah meminta juruaudit meneliti beberapa perkara dengan lebih terperinci, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

[Baca berita penuh]